Hidayatullah Depok Berharap Bisa Belajar Banyak pada ISMA Malaysia

 0
Hidayatullah Depok Berharap Bisa Belajar Banyak pada ISMA Malaysiaby Yacong B Halikeon.Hidayatullah Depok Berharap Bisa Belajar Banyak pada ISMA MalaysiaKETUA Yayasan Hidayatullah Depok Ustadz Lalu Mabrul meyambut kunjungan Wanita ISMA Malaysia dan berharap dapat menggali serta belajar tentang banyak hal kepada organisasi terbesar di Malaysia itu. “Mudah-mudahan, Insya Allah, tahun depan giliran Hidayatullah Depok yang melakukan silaturrahim ke ISMA Malaysia. Kami mau belajar kepada ISMA,” kata Ustadz Lalu Mabrul saat memberikan sambutan ketika menerima Jawatan […]

img-20161218-wa044KETUA Yayasan Hidayatullah Depok Ustadz Lalu Mabrul meyambut kunjungan Wanita ISMA Malaysia dan berharap dapat menggali serta belajar tentang banyak hal kepada organisasi terbesar di Malaysia itu.

“Mudah-mudahan, Insya Allah, tahun depan giliran Hidayatullah Depok yang melakukan silaturrahim ke ISMA Malaysia. Kami mau belajar kepada ISMA,” kata Ustadz Lalu Mabrul saat memberikan sambutan ketika menerima Jawatan Kuasa Pusat Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita ISMA) di Kampus Pondok Pesantren Hidayatullah Cilodong, Kota Depok, Jawa Barat, Sabtu (17/12/2016).

Kedatangan rombongan Jawatan Kuasa Pusat Wanita Ikatan Muslimin Malaysia dipimpin oleh Ketua Wanita ISMA, Dr Norsaleha Mohd Salleh. Kedatangan mereka disambut hangat oleh Ketua Yayasan Hidayatullah Depok Ustadz Lalu Mabrul dan Ketua Umum PP Muslimat Hidayatullah Reny Susilowati berserta jajarannya.

Sementara dari Wanita ISMA hadir mendampingi Ketua Wanita ISMA yakni Naib Ketua Wanita Dr Norzila Baharin, Bendahara Wanita ISMA Puan Siti Affiza Mohammad, dan Ketua Wanita Wanita ISMA Cawangan Kuantan Norhayati Ahmad Salleh.

Pada kesempatan tersebut, Ustadz Lalu Mabrul memaparkan sejarang dan profil Pesantren Hidayatullah Depok. Dia mengatakan, di usianya yang kini 20 tahun lebih, Hidayatullah Depok terus menguatkan perannya di tengah umat melalui mainstream gerakan dakwah dan pendidikan.

“Karena itu, kami harus terus belajar dan berharap kami bisa belajar banyak nanti dari ISMA Malaysia yang menurut kami merupakan salah NGO terbesar di Malaysia,” kata Ustadz Lalu.

Seperti diketahui, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang.

ISMA merupakan sebuah entitas yang berdaftar dan dan merupakam organisasi nirlaba. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktifitas.

ISMA berkomitmen dalam mencapai beragam kiprahnya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitasnya.

ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.

ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.

ISMA bertujuan menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

ISMA berkomitmen untuk menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli‑ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.

ISMA ingin mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.

ISMA juga ingin menjadi anggota kepada pertubuhan‑pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan‑tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan‑pertubuhan tersebut.

Dalam pada itu, ISMA menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan‑pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.

Selain itu, ISMA berkomitmen mewujudkan pusat‑pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio‑ekonomi ahli dan masyarakat.

ISMA juga menyediakan dan menerbitkan serta menyalurkan maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran‑saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara. (ybh/hio)

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

Leave a Reply